Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sembilan KMKK terima sijil pelantikan
  • Utara
  • WILAYAH

Sembilan KMKK terima sijil pelantikan

Utusan Sarawak 1 month ago
TAHNIAH… Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menerima sijil pelantikan bagi kawasan DUN Telang Usan dan Mulu.

BARAM: Seramai sembilan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menerima sijil pelantikan pada majlis penyerahan Sijil Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum bagi Daerah Telang Usan, yang meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan dan Mulu.

Penyerahan sijil tersebut disampaikan oleh Residen Bahagian Miri, Galong Luang, dan majlis tersebut disempurnakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Mulu cawangan Miri.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala, berkata bahawa mereka yang dilantik perlu menyedari bahawa tugas sebagai KMKK bukanlah satu keistimewaan, tetapi satu amanah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab, keikhlasan dan kejujuran.

Katanya, semua KMKK harus beriltizam untuk menjadi jambatan penghubung antara rakyat dan pihak kerajaan dalam menyampaikan suara komuniti, serta berusaha memelihara keharmonian dan kemajuan masyarakat.

Beliau juga ingin mengajak semua KMKK, pemimpin setempat, dan seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama menggembeleng tenaga dan berganding bahu demi kesejahteraan komuniti yang dicintai.

Beliau memohon agar KMKK yang disambung perkhidmatan dan yang baharu dilantik memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada masyarakat.

KMKK yang menerima sijil pelantikan ialah Penghulu Jalong Tanyi (Long Mekaba), KK John Dian (Long Jekitan), KK Matius Erang (Long Mekaba), KK Sebi Asik, (Ba’ Ubong Muboi), KK Simon Lawai Alan (Long Moh Lepo Jengan), KK Tearie Abeng (Ba Muboi), KK Tony Bujang (Pengaran Iman), KK Uloi Tingan (Long Moh Lepo Tau) dan KK Clenent Sigau (Long Semiang) Baram.
Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tingkat kesedaran masyarakat penting jaga kebersihan
Next: The Church of God Bintulu bakal nikmati kemudahan parkir lebih luas, selesa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.