Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sembilan ditahan terlibat judi haram
  • TEMPATAN

Sembilan ditahan terlibat judi haram

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN… Beberapa suspek yang mengendalikan operasi judi secara talian ditahan oleh
pasukan polis.

KUCHING: Polis dari Kontinjen Ibu Pejabat Sarawak telah berjaya menangkap sembilan orang (enam lelaki dan tiga wanita) kerana menjalankan pusat panggilan perjudian haram secara talian pada malam Khamis lalu dan dilaporkan menjana pendapatan sebanyak RM11,000 sehari.

Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Denis Leong berkata, serbuan dibuat di Skyvilla Residences, Batu Kawa dan Taman Sri Moyan di Jalan Batu Kawa-Matang yang mana mereka yang ditangkap berumur di antara 18 hingga 26 tahun.

Pusat panggilan yang beroperasi 24 jam setiap hari selama 11 bulan ini akan menghubungi penjudi menggunakan WhatsApp,Telegram, Facebook, Instagram dan WeChat menerusi pautan seperti 918kiss, Mega, LPE88, Joker 123 dan Mega888 XE88.

Leong berkata, pasukan Siasatan Jenayah telah merampas 14 telefon bimbit, lapan komputer, lima papan tetikus komputer, lima tetikus komputer dan lima unit pemprosesan komputer (CPU).

Beliau berkata, pihak polis telah membuat risikan untuk mengumpul maklumat dan mengenalpasti lokasi pengendalian perjudian haram ini setelah menerima maklumat.

Semua yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Continue Reading

Previous: Operasi bersepadu kerjasama tangani wabak Rabies
Next: Pemantauan pematuhan SOP dipergiatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.