Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Semangat kerjasama petugas kunci kelancaran operasi haji 2025
  • GLOBAL

Semangat kerjasama petugas kunci kelancaran operasi haji 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KETUA Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun (tengah) bersama Pengerusi Lembaga Pengarah al-Masyariq al Masiyah, Ali Hussein Al Bundugi (kanan) pada majlis Ta’aruf Rombongan Rasmi Haji Malaysia bersama Mashariq Holdings. -Foto Bernama

MAKKAH: Petugas Lembaga Tabung Haji (TH) musim haji 1446H/2025M diingatkan supaya sentiasa mengamalkan semangat kerjasama dan saling membantu merentasi semua sektor bagi memastikan kelancaran operasi ibadah haji tahun ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata setiap petugas perlu melaksanakan tanggungjawab dengan sabar, ikhlas dan penuh rasa amanah demi kesejahteraan jemaah haji negara di Tanah Suci.

“Petugas perlu bersyukur kerana terpilih menyantuni Duyufurrahman (tetamu Allah). Mereka datang dari pelbagai latar belakang dan membawa harapan tinggi untuk menunaikan ibadah haji sebaik mungkin.

“Dalam semangat itu, kita harus bijak menangani kerenah dan keperluan jemaah dengan hikmah dan kasih sayang,” katanya ketika ditemui media selepas majlis bacaan Yasin dan solat hajat di Ibu Pejabat TH, Abraj Al Janadriyah, di sini hari ini.

Majlis selepas solat Zohor itu dipimpin Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) Muhamad Khairul Basri Osman.

TH menempatkan petugas di Tanah Suci merangkumi pelbagai sektor, termasuk pengurusan maktab dan zon, kesihatan, bimbingan ibadat, ziarah, kewangan, media, pengangkutan, sajian, bagasi dan khidmat pelanggan.

Musim ini menyaksikan dua kumpulan utama petugas iaitu 358 Petugas Rombongan Kebajikan dan 274 Petugas Rombongan Perubatan. -Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pendaki Malaysia terjatuh di Gunung Rinjani ditemui meninggal dunia – Pihak berkuasa taman negara
Next: Tiga maut, 14 hilang selepas dua bot pelancong terbaik di China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.