Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Selsema ekuin pertama dilaporkan di Jepun sejak 2008
  • GLOBAL

Selsema ekuin pertama dilaporkan di Jepun sejak 2008

Utusan Sarawak 2 months ago

TOKYO: Majlis Kuarantin Ringan Bagi Kuda Jepun mengesahkan berlakunya jangkitan selsema ekuin pada 8 April di tiga ladang pembiakan kuda di Wilayah Kumamoto, lapor agensi berita Xinhua.

Langkah pencegahan sedang dilaksanakan termasuk mengasingkan kuda yang dijangkiti, menyekat pergerakan kuda lain, memberikan vaksin serta menjalankan kerja pembasmian kuman di kemudahan bagi mengekang penularan penyakit itu.

Selsema ekuin adalah penyakit pernafasan berpunca daripada virus yang sangat mudah merebak dan menjangkiti kuda, keldai serta spesies ekuin lain.

Kejadian terbaharu ini adalah kes pertama selsema ekuin dilaporkan di Jepun sejak 2008. Terdahulu, wabak pada 2007 menyebabkan pembatalan acara perlumbaan kuda utama di negara itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: China naikkan lagi tarif import AS kepada 125 peratus
Next: Ratusan penerbangan terganggu di lapangan terbang Delhi akibat ribut debu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.