Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Selenggara segera jalan rosak
  • TEMPATAN

Selenggara segera jalan rosak

Utusan Sarawak 5 years ago
PANTAU… Johnny Pang memantau penyelenggara Jalan Kidurong.

BINTULU: Penyelenggaraan jalan raya harus dilaksanakan segera di jalan-jalan yang rosak dan berlubang demi keselamatan pengguna.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (SUPP) Cawangan Bintulu, Johnny Pang berkata ini termasuklah penyelenggaraan Jalan Kidurong.

“Terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu kerana telah mengambil tindakan segera untuk membaik pulih kerosakan di Jalan Kidurong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan ke Jalan Kidurong yang diselenggara Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu pada Rabu lalu.

Bagaimanapun katanya, beberapa jalan raya di sekitar Bintulu perlu diselenggara disebabkan jalan berlubang dan rosak.

Bagi jalan Kidurong katanya, amat perlu sentiasa dipantau dan diselenggara memandangkan jalan terbabit adalah laluan ke industri utama negara.

“Jalan tersebut merupakan salah satu satu jalan utama menuju ke loji minyak dan gas Bintulu termasuk Pelabuhan Bintulu selain menjadi jalan penghubung antara Miri dan Bintulu,” katanya.

Sementara itu katanya, Jalan Kidurong  merupakan jalan utama untuk kenderaan berat dari Pelabuhan Bintulu dan juga loji dan kilang minyak dan gas yang ditempatkan di Bintulu. Di samping itu, jalan tersebut juga turut menjadi laluan utama  bagi sebilangan besar penduduk dari Sungai Plan dan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong untuk aktiviti harian mereka.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan projek pertanian moden diperkembang
Next: JKKK digesa bekerjasama dengan JPBN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.