Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu bekerjasama bantu akademik murid – Ahmad Johnie
  • WILAYAH

Sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu bekerjasama bantu akademik murid – Ahmad Johnie

Utusan Sarawak 4 months ago

TAHNIAH.....Ahmad Johnie menyampaikan sijil kepada pelajar pada majlis Konvokesyen Tahun 6, Graduasi Sekolah dan majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid Sesi 2024/2025 SK Campuran Daro, semalam.

SIBU: Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik dalam memastikan kejayaan anak-anak mereka dalam bidang akademik. 

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah yang baik.

“Pendidikan yang baik adalah satu tanggungjawab bersama, memerlukan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan komuniti.

“Justeru, sebagai ibu bapa, kita perlu menjadi contoh teladan utama dalam hidup anak-anak kita,” katanya semasa berucap merasmikan majlis Konvokesyen Tahun 6, Graduasi Sekolah dan majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid Sesi 2024/2025 Sekolah Kebangsaan (SK) Campuran Daro, semalam.

Katanya, ibu bapa merupakan rakan kongsi yang sangat penting dalam kejayaan pendidikan anak-anak. 

“Tanggungjawab kita bukan sahaja memastikan mereka hadir ke sekolah, tetapi juga memastikan mereka belajar dengan baik, menyokong mereka ketika berdepan cabaran dan memberi semangat untuk terus berjaya,” katanya.

Majlis tersebut diserikan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada murid yang mencapai kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum, serta pembangunan sahsiah. 

Penghargaan juga diberikan kepada guru yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam mendidik generasi masa depan.

Turut hadir ialah wakil Pegawai Pendidikan Daerah Daro, Omar Remain; Guru Besar SK Camporan Daro, Norden Tamin dan Yang Dipertua PIBG SK Camporan Daro, Wan Muhaini Wan Mahsen.

Continue Reading

Previous: Ambil tindakan segera tangani isu jalan sesak 
Next: Lencongan Jalan Tun Ahmad Zaidi esok, lusa 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.