Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sekolah di Wuhan dibuka Selasa ini
  • GLOBAL

Sekolah di Wuhan dibuka Selasa ini

Utusan Sarawak 5 years ago
FOTO pada 27 Ogos menunjukkan orang ramai membeli makanan di pasar malam di Wuhan. • Foto AFP

BEIJING: Semua sekolah dan tadika di seluruh Wuhan yang menjadi bandar di China paling terjejas akibat Covid-19, akan dibuka sepenuhnya Selasa ini.

Ia akan membabitkan 1.4 juta pelajar di 2,842 institusi pendidikan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sudah bersiap siaga dengan pelan kecemasan untuk menukar kepada mod pembelajaran dalam talian, jika terdapat peningkatan kes baharu.

Selain itu, pelajar dinasihatkan memakai pelitup muka dan mengelak daripada menggunakan pengangkutan awam untuk pergi dan pulang ke sekolah.

Pihak sekolah juga diminta bersedia dengan peralatan kawalan penyakit dan sentiasa mengadakan latihan kecemasan.

Selain itu, tiada perhimpunan dalam skala besar dibenarkan dan pihak sekolah diminta mengemukakan laporan harian kepada pihak berkuasa kesihatan.

Kes pertama Covid-19 dikesan di Wuhan pada akhir tahun lalu.

Ia menyebabkan bandar itu dikenakan sekatan pergerakan (lockdown) selama dua bulan, bermula akhir Januari.

Jumlah kematian di Wuhan adalah 3,869 orang iaitu 80 peratus daripada keseluruhan angka kematian akibat Covid-19 di China.

Situasi di Wuhan semakin pulih sejak April ketika lockdown itu ditarik semula.

Ia tidak merekodkan sebarang kes baharu jangkitan tempatan sejak 18 Mei.-afp

Continue Reading

Previous: Korban letupan Beirut meningkat 190 orang
Next: Lebih 70 disyaki militan maut di Utara Sinai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.