DUBLIN: Semua sekolah di Ireland akan dibula semula pada penghujung Ogos depan apabila kerajaan negara tersebut menyatakan sudah mengakhiri sekatan semasa pengekangan wabak Covid-19, kata Perdana Menteri Micheal Martin pada Isnin.
Ireland telah merangka tindakan untuk membuka semula sekolah buat kali pertamanya sejak penutupannya pada pertengahan Mac lalu yang menelan belanja 370 juta euro ($435 juta) untuk memastikan keselamatan semasa pembukaan nanti.
Peruntukan perbelanjaan tersebut termasuklah pengambilan guru baharu bagi sekolah menengah memadangkan saiz dalam satu-satu kelas akan diminimumkan dan ia adalah untuk menjaga jarak sosial antara pelajar, kata kerajaan tempatannya.
“Walaupun dilihat tiada senario untuk berisiko jangkitan semula, namun kami akan pastikan aspek keselematan juga bagi mengurangkan risiko jangkitan virus tersebut di dalam kawasan sekolah,” ujar Martin.
Peruntukan tersebut juga akan merangkumi kos bagi kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan bekalan untuk pembersihan serta peruntukan khas bagi mereka yang terdedah kepada Covid-19 seperti barisan hadapan.
“Kita faham bahawa kita tidak boleh membuta tuli membuat sebarang keputusan untuk membuka semula sekolah dan meneruskan operasinya jika tiada berlakunya sebarang kemungkinan.”
Bagaimanapun, kerajaan Ireland pada awal bulan sebelum ini dikatakan melanjutkan lagi perancangannya untuk menamatkan sekatan disebabkan peningkatan beberapa kes jangkitan di negara tersebut. – AFP