Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tiga, kanan) berkenan beramah mesra bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) serta isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 1444H bersama Perdana Menteri, Anggota Jemaah Menteri, Ketua-Ketua Perwakilan Asing, Kerabat dan Dif-Dif Kenamaan di Istana Negara hari ini. FotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara di sini, hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Dewan Santapan Utama, Istana Negara kira-kira 10.10 pagi diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Antara menteri yang hadir ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan beramah mesra bersama tetamu jemputan yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 1444H bersama Perdana Menteri, Anggota Jemaah Menteri, Ketua-Ketua Perwakilan Asing, Kerabat dan Dif-Dif Kenamaan di Istana Negara hari ini. FotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) beramah mesra bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (kiri) pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 1444H Yang di-Pertuan Agong bersama Perdana Menteri, Anggota Jemaah Menteri, Ketua-Ketua Perwakilan Asing, Kerabat dan Dif-Dif Kenamaan di Istana Negara hari ini. FotoBERNAMA
Selain itu, antara dif kenamaan yang hadir adalah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
Majlis itu turut disertai perwakilan asing, antaranya dari Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Turkiye, dan Brunei.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan beramah mesra dengan Ketua Perwakilan Asing yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 1444H bersama Perdana Menteri, Anggota Jemaah Menteri, Ketua-Ketua Perwakilan Asing, Kerabat dan Dif-Dif Kenamaan di Istana Negara hari ini. FotoBERNAMA
Kira-kira 2,000 hadirin yang terdiri daripada penjawat awam, pemimpin masyarakat serta komuniti Orang Asli turut memeriahkan majlis itu.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudian berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama hadirin.
Majlis santapan berkenaan dijadual berlangsung sehingga 2.00 petang ini. – Bernama