Sekitar 300 penghuni Rumah Lapie hilang tempat berteduh

Facebook
WhatsApp
KEADAAN Rumah Lapie semasa kejadian kebakaran menunjukkan api marak membakar struktur rumah, disertai kepulan asap tebal yang memenuhi udara. Foto PGO JBPM Sarawak

BINTULU: Kira-kira 300 penghuni Rumah Lapie di Binai, Jalan Ulu Sebauh hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran, pagi tadi. 

Sebanyak 27 daripada 30 pintu rumah hangus sepenuhnya, manakala tiga pintu lagi berjaya diselamatkan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.09 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi sejauh 34 kilometer dari balai.

RUMAH Lapie di Binai, Jalan Ulu Sebauh, Bintulu musnah dalam kejadian kebakaran, pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bertindak menggunakan dua aliran hos sepanjang 400 kaki serta lima nozel dengan sumber air terbuka dan bantuan ‘water tanker’ bomba.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 11.50 pagi, namun kerja-kerja pemadaman dan pemantaun masih diteruskan bagi mengelakkan kebakaran berulang,” katanya.

Kebakaran melibatkan rumah panjang berstruktur tidak kekal dengan keluasan 200 x 400 kaki persegi, mengakibatkan kerosakan 70 peratus.

Seorang warga emas lelaki berusia 70-an mengalami sesak nafas dan telah dihantar ke hospital menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, penghuni lain dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan serius.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Carolyne Utih

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis