Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sekitar 266 juta penduduk dunia hadapi kelaparan pada 2025 – Laporan
  • GLOBAL

Sekitar 266 juta penduduk dunia hadapi kelaparan pada 2025 – Laporan

Utusan Sarawak 3 hours ago
SEKITAR 266 juta penduduk dunia hadapi kelaparan pada 2025 – Laporan. Foto agensi

ROM: Jumlah penduduk yang menderita akibat kelaparan di peringkat global kekal pada tahap yang sangat membimbangkan, menurut laporan Rangkaian Global Menangani Krisis Makanan (GNAFC), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tahun lepas, seramai 266 juta penduduk di 47 negara berdepan risiko ketakjaminan makanan yang meruncing, menurut Laporan Global mengenai Krisis Makanan terbaharu oleh rangkaian itu yang diterbitkan pada Jumaat.

Laporan itu mendapati 10 buah negara, termasuk Afghanistan, Sudan dan Yaman, paling teruk terjejas.

Secara keseluruhan, masalah ketakjaminan makanan yang meruncing telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, dengan skala kelaparan kekal tinggi pada tahap yang mencemaskan.

Laporan itu turut mendedahkan bahawa buat kali pertama dalam sejarahnya, dua pengisytiharan kebuluran telah dibuat tahun lepas iaitu di sebahagian wilayah Semenanjung Gaza dan sebahagian wilayah Sudan.

Melihat kepada prospek tahun semasa, rangkaian itu turut memberikan gambaran yang suram. Konflik yang berterusan, perubahan iklim dan ketidaktentuan ekonomi global dijangka mengekalkan situasi di kebanyakan negara pada tahap kritikal atau mungkin menjadi lebih buruk.

Khususnya, peningkatan konflik di Asia Barat dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan di negara dan wilayah tertentu. Bagaimanapun, rangkaian itu menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk membuat penilaian yang tepat.

Kementerian Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Jerman telah menyertai GNAFC pada awal tahun ini. Setiausaha Negeri di kementerian itu, Niels Annen dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebagai maklum balas kepada laporan itu, menggesa agar ‘tindakan kolektif dan selaras yang teguh’ diambil segera. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: WHO gesa usaha imunisasi diperkukuh di Pasifik Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.