Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • WHO gesa usaha imunisasi diperkukuh di Pasifik Barat
  • GLOBAL

WHO gesa usaha imunisasi diperkukuh di Pasifik Barat

Utusan Sarawak 5 hours ago
WHO gesa usaha imunisasi diperkukuh di Pasifik Barat. Foto agensi

MANILA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis memperbaharui seruan supaya usaha imunisasi dipergiat di seluruh rantau Pasifik Barat, sambil memberi amaran bahawa langkah itu perlu bagi mengelakkan kemunculan semula penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin.

WHO menekankan keperluan untuk melindungi pencapaian besar dalam program vaksinasi, menjangkau kanak-kanak yang masih tercicir daripada imunisasi rutin, serta mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap vaksin pada setiap peringkat kehidupan, menurut kenyataan Pejabat Serantau WHO bagi Pasifik Barat di Manila, Filipina.

“Vaksin ialah keajaiban sains dan perubatan dan telah melindungi generasi keluarga serta komuniti di seluruh rantau kita. Namun, kita tidak boleh mengambil mudah perlindungan ini,” kata Pengarah Serantau WHO bagi Pasifik Barat Saia Ma’u Piukala.

Bagaimanapun, pada 2024, hampir 2.1 juta kanak-kanak di Pasifik Barat tidak menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sekali gus menyebabkan ramai terdedah kepada risiko penyakit yang boleh dicegah.

Menurut WHO, negara-negara di rantau itu yang menempatkan 2.2 bilion penduduk, merangkumi lebih satu perempat daripada populasi dunia telah mencapai kemajuan besar dalam menangani penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin.

WHO menegaskan bahawa pengukuhan sistem imunisasi rutin, penambahbaikan jangkauan kepada penduduk kurang mendapat perkhidmatan dan memastikan rantaian bekalan vaksin yang boleh dipercayai adalah penting untuk mengubah aliran semasa itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Seorang maut, lima cedera dalam insiden tembakan di Louisiana, AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.