Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sekeluarga panik buaya terperangkap belakang rumah
  • Selatan
  • WILAYAH

Sekeluarga panik buaya terperangkap belakang rumah

Utusan Sarawak 5 months ago

SIMUNJAN: Sekeluarga gempar sebaik sahaja menemukan seekor buaya terperangkap di belakang rumah dalam kejadian di Kampung Sungai Lingkau di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan telah menerima panggilan daripada pengadu sekitar 7.02 pagi berhubung penemuan reptilia tersebut.

Susulan itu, katanya, anggota dari BPP Simunjan diarahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan khidmat khas menangkap buaya tersebut.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, seekor buaya sepanjang 12 kaki telah terperangkap di belakang rumah pemanggil.

“Pihak bomba terus menjalankan operasi menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap. Seterusnya memulakan operasi menjerut buaya tersebut menggunakan tali dan guni untuk menutup mata bagi memudahkan kerja-kerja mengikat bahagian kepala dan kaki reptilia berkenaan,” katanya.

PGO berkata buaya tersebut berjaya ditangkap oleh pihak bomba dan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Orang ramai dinasihat untuk menghubungi pihak berkuasa yang berkemahiran dalam mengendalikan kes kediaman atau premis diceroboh haiwan dan reptilia berbisa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gabungan tiga ADUN rancakkan pembangunan masyarakat Roban
Next: Banjir di beberapa kawasan di Medamit beransur pulih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.