Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sekatan pergerakan dikenakan semula
  • GLOBAL

Sekatan pergerakan dikenakan semula

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN JOKO WIDODO

JAKARTA: Indonesia akan mengenakan semula langkah-langkah pecegahan yang ketat atau sekatan pergerakan jika terdapat laporan peningkatan kes baharu Covid-19, kata Presiden Joko Widodo pada Rabu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Semasa melawat Pejabat Pasukan Petugas Kebangsaan Covid-19 di Jakarta, Widodo mahu ketua daerah melaksanakan fasa kebiasaan baharu ke dalam rutin harian masyarakat.

Tambah beliau selalunya ada risiko kawasan penularan virus baharu atau peningkatan jangkitan andai kebiasaan baharu tidak diterapkan di peringkat awal.

Pada Rabu Indonesia melaporkan 1,241 kes baharu Covid-19, jumlah tertinggi dalam tempoh sehari.

Kes jangkitan setakat ini berjumlah 34,316, termasuk 1,959 kematian dan 12,129 pesakit sembuh.

Menurut statistik kerajaan setakat 2 Jun, seramai 3.05 juta orang di Indonesia kehilangan pekerjaan akibat wabak Covid-19.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tujuh orang awam terbunuh
Next: Thailand tarik balik perintah berkurung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.