Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SEDC salur sumbangan dana pendidikan, keperluan asas
  • TEMPATAN

SEDC salur sumbangan dana pendidikan, keperluan asas

Utusan Sarawak 2 months ago
BANTUAN KEWANGAN… Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi menyampaikan sumbangan kepada pelajar Tingkatan 5 yang terpilih. Foto UKAS

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah menyalurkan sumbangan dana pendidikan dan keperluan asas berjumlah RM30,880 kepada tiga badan kebajikan di bawah naungan HIKMAH, sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyemarakkan Ramadan.

Ketiga-tiga badan kebajikan berkenaan ialah Pertubuhan Kebajikan Baiturrahman Kuching, Pusat Jagaan Laman Huda dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi menyampaikan replika cek kepada wakil Yayasan Pelajaran Mara (YPM) sambil disaksikan oleh Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Dato Husain. Foto UKAS

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi pada majlis berbuka puasa anjuran SEDC, di sebuah hotel terkemuka, di sini, petang tadi.

Antara keperluan asas yang disumbangkan adalah makanan, penapis air, kelengkapan peribadi dan solat, peralatan sekolah termasuk komputer, bagi memudahkan proses pembelajaran serta meningkatkan kesejahteraan penghuni badan kebajikan tersebut.

Selain itu, SEDC sebagai rakan penyumbang pendidikan YPM 2025, turut menyediakan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM150 kepada pelajar Tingkatan 5 yang terpilih, bermula Mac hingga Disember, menerusi Skim Anak Angkat.

Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr. Hazland Abang Hipni serta isteri Datin Dayang Halimah Abang Paul, Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Dato Husain serta isteri Puan Sri Datin Amar Nur Ashima Aziz. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SEDC kongsi rezeki, imarahkan bulan mulia
Next: Tingkatkan kemudahan, tangani kebimbangan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.