Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SEDC fokus pembangunan Sarawak
  • TEMPATAN

SEDC fokus pembangunan Sarawak

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UCAPAN… Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain menyampaikan ucapan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SEDC 2025 hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal dan sumber manusia.

Pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain berkata, kejayaan sebenar sesebuah organisasi tidak hanya diukur melalui angka atau jumlah aset, sebaliknya dinilai menerusi impak sosial yang diberikan kepada rakyat.

“Kami di SEDC tidak pernah melihat kejayaan hanya pada angka atau aset tetapi pada impak sosial yang dibawa kepada rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SEDC 2025 di sini, hari ini.

Beliau menambah, pendekatan itu dizahirkan menerusi pelbagai inisiatif seperti latihan kemahiran, peluang pekerjaan, pembangunan keusahawanan serta pelaksanaan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Sama ada melalui latihan kemahiran, peluang pekerjaan, pembinaan keusahawanan atau projek CSR, matlamat kami kekal jelas memastikan pembangunan yang seimbang, inklusif dan lestari,” katanya.

Selain mengeratkan hubungan silaturahim sempena Aidilfitri, majlis itu turut menjadi platform penting bagi SEDC menyampaikan penghargaan kepada kementerian, jabatan, agensi, serta rakan-rakan sektor swasta dan rakan kongsi strategik yang terus menyokong misi agensi itu.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi santuni penduduk Kampung Matang Batu 10
Next: Jambatan Batang Rajang bakal dirasmikan 17 Mei, mercu tanda baharu Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.