Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Sebutan semula kes bunuh Nurul Asikin Lan ditetapkan 26 Mei ini
  • MAHKAMAH

Sebutan semula kes bunuh Nurul Asikin Lan ditetapkan 26 Mei ini

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TERTUDUH Zakwan Mokhtar (tengah) didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta sebatan jika sabit kesalahan. Gambar Fail: Bernama

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 26 Mei untuk sebutan semula kes seorang pemandu e-hailing didakwa membunuh Nurul Asikin Lan, yang ditemukan dalam longkang Disember lepas.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hwei memohon lanjutan masa memandangkan pihaknya masih menunggu laporan forensik yang mengekstrak mesej WhatsApp antara suspek dan mangsa. 

Siow, berkata pihaknya sudah menerima laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat mangsa. 

Zakwan Mokhtar, 24, yang tidak diwakili peguam didakwa menyebabkan kematian Nurul Asikin, 28, yang mayatnya ditemukan dalam keadaan reput dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan di sini pada 9.10 malam, 14 Disember lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini media melaporkan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata, berkata suspek mengaku melakukan jenayah itu kerana terdesak memerlukan wang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Roger Ng beritahu mahkamah beliau kenal Jho Low sejak penubuhan TIA pada 2009
Next: Mahkamah benarkah Muhyiddin dapat sementara pasport untuk lawat kakak ipar sakit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.