Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sebuah PPS dibuka di Dewan Datuk Aaron, Bawan
  • Tengah
  • WILAYAH

Sebuah PPS dibuka di Dewan Datuk Aaron, Bawan

Utusan Sarawak 4 months ago

KANOWIT: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Datuk Aaron, Bawan, untuk menempatkan mangsa kebakaran Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan, semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, PPS tersebut dibuka pada 2.30 petang dengan menempatkan 15 keluarga, yang terdiri daripada 56 orang mangsa kebakaran. 

Bagaimanapun, bilangan mangsa telah menurun kepada 14 keluarga dan 32 orang, setakat 8.00 pagi ini.

Sementara itu, bilangan mangsa yang ditempatkan di PPS di Kompleks Sukan Kanowit akibat bencana banjir terus meningkat. 

Jumlah mangsa yang terjejas kini meningkat kepada 35 orang, berbanding 22 orang pada hari pertama pembukaan PPS pada Isnin, 13 Januari lalu.

Banjir yang melanda beberapa kawasan di Sibu dan Kanowit telah menyebabkan lebih ramai penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. 

Antara kawasan yang terjejas akibat banjir termasuk Rumah Leo Nanga Lipus, Rumah Alice Jimmy, Rumah Alexander Batu 12, Rumah Geoffrey, Rumah Joseph Rantau Kemiding, serta beberapa rumah persendirian.

Pihak berkuasa telah mengarahkan supaya operasi pemindahan diteruskan bagi memastikan keselamatan penduduk yang masih terperangkap akibat banjir. 

Keadaan cuaca yang tidak menentu dijangka akan terus memberi risiko kepada kawasan yang terlibat. 

Oleh itu, penduduk di sekitar kawasan banjir diminta untuk terus berwaspada.

PPS di Kompleks Sukan Kanowit dijangka akan beroperasi sehingga keadaan banjir benar-benar pulih dan mangsa dapat kembali ke kediaman mereka dengan selamat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kemaskini: Lelaki ditemukan maut dalam parit dipercayai terkena renjatan elektrik
Next: Mangsa banjir di PPS Kompleks Sukan Kanowit meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.