Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sebar keprihatinan, nilai kemanusiaan
  • TEMPATAN

Sebar keprihatinan, nilai kemanusiaan

Utusan Sarawak 2 months ago
AMBIL BERAT… Datuk Rubiah Wang menyantuni golongan yang memerlukan di Kota Samarahan. -Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Program Jelajah Amal Wanita Parlimen Kota Samarahan bagi Zon Muara Tuang diteruskan ke Kampung Baru dengan membawa mesej kemanusiaan serta keprihatinan terhadap golongan memerlukan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, turut meluangkan masa menziarahi Rameno Leman, seorang penduduk yang mengalami kelumpuhan sejak tahun 2022 akibat kemalangan di tempat kerja. Keadaan tersebut mengehadkan pergerakan beliau dan memerlukan bantuan penuh daripada ahli keluarga bagi urusan harian.

Rombongan juga meneruskan lawatan ke kediaman Nadan Ayub, yang kini berdepan kesukaran selepas kehilangan sebelah kaki akibat komplikasi diabetes. Beliau kini dijaga oleh isterinya yang turut menghidap masalah kesihatan.

“Saya berharap kunjungan ini sedikit sebanyak mampu menceriakan hari mereka, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Saya juga mendoakan agar mereka dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesihatan yang baik,” kata Rubiah.

Turut hadir, Ketua Kaum Kampung Baru Tengah, Sourabaya Leman; Ketua Wanita PBB Cawangan Muara Tuang, Rozni Paee serta ahli-ahli Ranting PBB Kampung Baru.

Continue Reading

Previous: Bekerjasama perangi rabies
Next: TYT, isteri santuni peniaga kecil di Pasar Sampun, Pasar Tambirat 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.