Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • SDP sedia latihan kemahiran kepada ODP, ODS
  • BISNES

SDP sedia latihan kemahiran kepada ODP, ODS

Utusan Sarawak 5 years ago
ZULKIFLI ZAINAL ABIDIN

KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Bhd (SDP) memberikan latihan kemahiran teknikal serta sosial kepada Orang Diparol (ODP) dan Orang Diselia (ODS) yang hampir tamat tempoh hukuman.

Menurut kenyataan SDP, inisiatif berkenaan adalah kerjasama strategik yang dijalankan bersama  Jabatan Penjara Malaysia bagi melaksanakan program Corporate Smart Internship (CSI) di ladang-ladang kelapa sawit milik SDP.

Program itu juga dapat membantu ODP dan ODS membuat persiapan awal sebelum memulakan kehidupan baharu selepas menjalani hukuman penjara di samping berpeluang ditawarkan peluang pekerjaan, sekiranya bersesuaian dan berkelayakan.

Ketua Pegawai Sumber Manusia SDP, Zulkifli Zainal Abidin berkata, program itu tidak hanya tertumpu kepada membina kemahiran teknikal sahaja, malah memantapkan kemahiran sosial dengan memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dengan masyarakat pekerja ladang yang berbilang bangsa dan kewarganegaraan.

“Kami berharap pengalaman bekerja di ladang dapat membantu mereka dalam membuat persiapan, baik dari segi fizikal mahupun mental, untuk membina masa depan yang lebih cerah dan menjalani kehidupan lebih bermakna bersama keluarga dan masyarakat,” katanya.

Program kerjasama yang bermula sejak 2018, telah mengambil kira-kira 40 ODP di Sarawak untuk dilatih manakala di Semenanjung Malaysia, seramai 20 ODS mengikuti latihan di Ladang CEP Renggam, Johor serta Ladang Jabor di Kuantan, Pahang.

Mereka ditawarkan insentif bersesuaian termasuk gaji minimum sebanyak RM1,100 serta insentif bayaran lebih masa sekiranya mereka dapat melaksanakan tugasan melebihi sasaran ditetapkan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Rizab antarabangsa BNM pada AS$104.3 bilion
Next: KPPK jalin kerjasama erat dengan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.