Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SDGp di landasan tepat diiktiraf oleh UNESCO
  • TEMPATAN

SDGp di landasan tepat diiktiraf oleh UNESCO

Utusan Sarawak 2 months ago
MESRA… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 Tupong anjuran Ketua Setiausaha Politik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman di Dewan HIKMAH, hari ini. Foto Bernama

PETRA JAYA: Kerajaan negeri berada di landasan tepat untuk mengangkat Sarawak Delta Geopark (SDGp) sebagai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark (UGGp) menjelang 2026.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata kerajaan negeri turut yakin sasaran bagi hala tuju berkenaan akan tercapai seperti yang dirancang, dengan penilaian pengiktirafan oleh UNESCO dilaksana tahun ini. 

“Kita semua perlu memainkan peranan untuk pastikan sasaran ini tercapai sebab jika terlepas kali ini, kita kita tidak akan dapat mendaftar sebelum 2026… dan ia mengambil masa beberapa tahun untuk memohon semula.

“Setakat ini, kita masih berada di landasan betul sebab kita sudah menghantar dokumen berkaitan pelan tindakan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di sini hari ini. 

Beliau berkata menerusi penubuhan AirBorneo, syarikat penerbangan baharu Sarawak yang wujud hasil pengambilalihan MASwings Sdn Bhd, UNESCO juga dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri. 

Pada Oktober lepas, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri sedang berusaha memenuhi kriteria ditetapkan untuk mendapat kelulusan UNESCO. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Abang Johari teruskan kunjungan Aidilfitri
Next: Sarawak perkenal koridor khas, kurangkan risiko letupan gas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.