Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Schalke kehilangan khidmat Serdar
  • SUKAN

Schalke kehilangan khidmat Serdar

Utusan Sarawak 5 years ago

Schalke's German midfielder Suat Serdar (R) and Augsburg's German midfielder Rani Khedira vie for the ball during the German first division Bundesliga football match FC Schalke 04 v FC Augsburg on May 24, 2020 in Gelsenkirchen, western Germany. (Photo by Martin Meissner / POOL / AFP) / DFL REGULATIONS PROHIBIT ANY USE OF PHOTOGRAPHS AS IMAGE SEQUENCES AND/OR QUASI-VIDEO

IMBAS… Pemain tengah Schalke, Suat Serdar (kanan) danpemain tengah Augsburg, Rani Khedira bersaing untuk mengawal bola semasa perlawanan Bundesliga Jerman di Gelsenkirchen,barat Jerman. – Foto AFP

SCHALKE yang bergelut dengan prestasi dalam Bundesliga, telah kehilangan penjaring terbanyak mereka Suat Serdar untuk sepanjang musim ini dengan kecederaan ligamen kaki, kata ketua jurulatih David Wagner semalam.

Serdar, 23 tahun, yang telah menjaringkan tujuh gol dalam liga musim ini daripada posisi tengah, mengalami kecederaan dalam babak kedua dalam kekalahan 3-0 Ahad lepas kepada Augsburg.

Serdar, yang membuat kemunculan sulungnya di Jerman, November tahun lalu, akan menjalani ujian lebih lanjut untuk memutuskan “adakah pembedahan perlu dilakukan akhir minggu ini,” kata Wagner.

Serdar di jangka diketepikan selama tiga hingga empat bulan, terlepas tujuh perlawanan terakhir liga mereka.

Untuk perlawanan liga Khamis ini di Fortuna Duesseldorf, yang berada di tempat ketiga tercorot, pemain tengah Bawah-20 Perancis, Jean-Clair Todibo, yang dipinjamkan dari Barcelona, ​​cergas setelah pulih dari kecederaan pergelangan kaki.

ketiadaan Serdar adalah tamparan terbaru kepada Schalke, yang tidak menang dalam sembilan perlawanan liga terakhir mereka, melepaskan 22 gol dan hanya menjaringkan dua gol.

Setelah berada dalam perebutan kejuaraan sebelum Krismas, Schalke turun daripada tangga ketiga pada bulan Disember kepada tempat kelapan.

Tekanan semakin meningkat terhadap bekas bos Huddersfield Town, Wagner, yang mengakui keadaannya “tidak menyenangkan”, setelah dibelasah 4-0 di Dortmund sebelas hari lalu.

“Pada masa ini kami bukan lagi pasukan seperti di separuh pertama musim ini,” kata Wagner.

“Anda tidak dapat membandingkan jenis bola sepak yang kami mainkan ketika itu.” – AFP

Continue Reading

Previous: Solskjaer harap Pogba, Rashford cergas
Next: Flick gembira Bayern ambil ‘langkah besar’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.