Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SCCCI anjur majlis ramah mesra sempena Tahun Baharu Cina
  • Tengah
  • WILAYAH

SCCCI anjur majlis ramah mesra sempena Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 3 months ago

SIBU: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI) hari ini menganjurkan majlis ramah mesra sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebagai usaha mempererat hubungan dalam kalangan komuniti perniagaan serta menggalakkan kerjasama yang lebih erat.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Ling Soon King, berkata acara tahunan yang berlangsung di dewan serbaguna SCCCI ini bukan sekadar tradisi, tetapi juga platform bagi ahli bertemu dan berkongsi pandangan dalam suasana santai.

“Majlis ini melambangkan semangat perpaduan dan sokongan antara ahli dalam ekosistem perniagaan,” katanya.

Beliau turut mengakui cabaran ekonomi yang dihadapi sepanjang tahun lalu, namun menzahirkan penghargaan terhadap ketahanan dan daya inovasi para ahli dalam mendepani perubahan pasaran.

Menurutnya, 2025 dijangka membawa pelbagai ketidaktentuan dalam ekonomi global, namun turut membuka peluang baharu untuk pertumbuhan.

“SCCCI komited untuk terus berperanan sebagai penghubung dalam membantu ahli menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran, menerima transformasi digital serta meneroka potensi pembangunan baharu,” jelasnya.

Pada masa sama, Ling menegaskan pihaknya akan memperkukuh kerjasama dengan pelbagai sektor bagi menyediakan lebih banyak sumber dan sokongan kepada komuniti perniagaan di Sibu.

Beliau juga menggalakkan para hadirin memanfaatkan majlis ini untuk bertukar idea serta membincangkan hala tuju perniagaan di bandar ini.

“Semoga kedatangan tahun baharu ini membawa kejayaan dan kebahagiaan kepada kita semua,” katanya.

Turut hadir, Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif (PDP) Dato Sri Wong Soon Koh selaku tetamu kehormat, Presiden SCCCI Dato Lau Cheng Kiong, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng, Setiausaha Politik kepada Premier Joshua Ting, serta tetamu jemputan lain.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pantau paras air empat lokasi
Next: Dungai Inyang, keluarga hanya mampu menunggu, tanpa kepastian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.