Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SBC kini jadi produk pelancongan ikonik Kota Samarahan
  • TEMPATAN

SBC kini jadi produk pelancongan ikonik Kota Samarahan

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Rubiah Wang bercakap ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Samarahan Bike Challenge 2026 di Kota Samarahan, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Penganjuran Samarahan Bike Challenge (SBC) yang memasuki edisi ke-10 tahun ini terus mencatat perkembangan positif apabila bukan sahaja berjaya mencungkil bakat atlet berbasikal tempatan, malah kini muncul sebagai antara produk pelancongan sukan utama di Kota Samarahan.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, acara yang pada awalnya dianjurkan bagi mengembangkan bakat anak-anak Samarahan dalam sukan berbasikal kini berkembang menjadi acara tahunan yang turut menarik penyertaan dari luar negara.

“Pada asalnya program ini diwujudkan untuk mencungkil bakat anak-anak Samarahan dalam acara berbasikal. 

“Namun, selepas melihat potensinya, kita menaik taraf penganjuran ini sehingga menjadi salah satu acara yang mampu menjadi identiti atau signature Kota Samarahan, khususnya dari sudut pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Samarahan Bike Challenge 2026 di sini, hari ini.

Tambah beliau, penganjuran tahun ini berjaya menghimpunkan lebih 156 peserta yang bertanding dalam pelbagai kategori termasuk kategori lelaki, wanita, dan Sarawak Closed.

“Acara ini turut menerima penyertaan antarabangsa melibatkan 20 peserta, terdiri daripada 18 peserta dari Indonesia serta masing-masing seorang dari Kanada dan New Zealand.

“SBC kini turut disenaraikan dalam kalendar pelancongan Sarawak dan menerima sokongan dana daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

“Sehubungan itu, saya berharap penganjuran pada masa akan datang dapat diperkasakan dengan penyertaan yang lebih besar, termasuk menarik lebih ramai peserta antarabangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata pembangunan infrastruktur jalan raya yang sedang giat dilaksanakan di Kota Samarahan dijangka membantu melancarkan penganjuran acara tersebut pada masa hadapan.

“Pembinaan laluan Autonomous Rapid Transit (ART) serta beberapa jalan baharu yang sedang dilaksanakan ketika ini menjadi antara faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang penganjuran acara.

“Kita mengharapkan apabila semua projek jalan raya ini siap dalam tempoh setahun hingga dua tahun lagi, penganjuran SBC akan menjadi lebih selesa, lebih selamat dan laluan perlumbaan juga dapat dirancang dengan lebih baik.

“Kemudahan yang lebih lengkap untuk aktiviti berbasikal juga akan terus diberi perhatian dalam perancangan pembangunan Kota Samarahan sejajar dengan peningkatan minat masyarakat terhadap gaya hidup sihat dan aktiviti rekreasi,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Kajian baharu diperlukan atasi kesesakan di Bulatan Matang
Next: Perpaduan kukuh pemangkin pelaksanaan projek berimpak tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.