Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sasar kejuaraan ke-14
  • SUKAN

Sasar kejuaraan ke-14

Utusan Sarawak 5 years ago
LAWATAN… Harden (dua kiri) mengadakan lawatan ke latihan atlet OKU Boling Padang Para di Arena Boling Padang Sarawak.

PASUKAN Boling Padang Para Sarawak diharapkan boleh menjuarai Sukan Para SUKMA, Orang Kurang Upaya (OKU) ke-14 di Johor 2020 akan datang.

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, selama ini Sarawak telah dinobatkan menjadi juara sebanyak 13 kali berturut-turut dan dan menyasarkan untuk meraih kejuaraan ke-14.

“Kita berharap mereka ini boleh mendapat pingat-pingat yang kita perlukan untuk menjuarai kejohanan pada tahun akan datang,” katanya ketika ditanya pemberita ketika melawat ke latihan atlet OKU Boling Padang Para di Arena Boling Padang Sarawak di sini, baru-baru ini.

Sementara itu katanya, beliau dimaklumkan Pasukan Boling Padang Para mempunyai 12 pemain iaitu enam lelaki, enam perempuan dan enam pegawai pasukan setakat ini.

“Kumpulan pada tahun ini kita ada atlet veteran yang sudah ada pengalaman dan juga atlet baharu yang berbakat.

Menurut Harrden, beliau berharap semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi dan dengan itu dapat menjaga para atlet dari pandemik Covid-19 yang masih berlaku di negeri ini.

“Dengan latihan yang rapi, para pemain dapat mengekalkan kejuaraan ini pada tahun yang akan datang.

“Oleh itu, dengan latihan-latihan ini, saya berharap atlet yang lain di dalam sukan yang lain mula berlatih dan kita berharap Sarawak dapat menjuarai kejohanan yang akan datang pada tahun 2021,” ujarnya. 

Beliau turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang telah memberi sokongan yang padu kepada para atlet.

Hadir sama Presiden Persatuan Olahraga Para Sarawak, Adzohari Jamil; Unit Pembangunan OKU Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Negeri Sarawak, Matthew Chin Hiong Choi dan Presiden Persatuan Tenpin Bowling Para Negeri Sarawak, Dunstan Lim.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Poulsen sedia ganti Werner
Next: Pertemuan bersejarah Paris SG, Leipzig

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.