PEMBANGUNAN sukan gusti lengan terus diperkasa menerusi plan Pelan Perancangan Strategik Gusti Lengan Sarawak untuk tempoh lima Tahun sehingga 2025.
Presiden Persatuan Gusti Lengan Sarawak (SASA) Matthew Dominic Barin berkata Pelan tersebut akan menjadi garis panduan bagi persatuan itu untuk terus membangunkan sukan gusti lengan di Sarawak.
“Sarawak memiliki ramai potensi jika dicungkil bakat. Oleh itu, pembangunan Sukan Gusti Lengan di Negeri Sarawak perlu merangka Pelan Strategik untuk memantapkan lagi sukan itu” katanya menerusi satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, antara perancangan yang dimuatkan dalam pelan tersebut termasuk membangunkan Sukan Gusti Lengan di Semua Bahagian di Sarawak melalui Kerjasama mantap dengan Persatuan atau Kelab Gusti Lengan di peringkat Bahagian sertamelaksanakan Program Pembangunan Gusti Lengan di peringkat Sekolah
“Untuk rekod, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Singai telah menjadi sekolah pertama dan perintis dalam melaksanakan Projek Gusti Lengan Sekolah ini.
“Selain itu, kita akan turut mempergiatkan lagi Latihan dan menarik minat atlit baharu dalam sukan gusti lengan,”katanya.
Kata Mathew, SASA merupakan persatuan sukan gusti Lengan pertama di Malaysia mewujudkan pelan perancangan strategik untuk tempoh lima tahun.
Dalam pada itu, kata Mathew, SASA akan melansungkan Kejohanan Gusti Lengan Peringkat Sarawak pada 26 September ini bagi memilih atlet untuk mewakili Sarawak ke Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan pada 7 dan 8 November depan di Paradigm Mall, Petaling Jaya.
“Tarikh ini adalah tertakluk kepada perubahan sekiranya keadaan semasa belum pulih daripada Pandemik Covid-19. SASA juga akan memastikan penjagaan jarak sosial dan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sekiranya Kejohanan ini boleh dilaksanakan,” Katanya.