
Local residents gather beside the wreckage of a bus close to a railway track following a train and bus accident, in Farooq Abad in Sheikhupura district, Pakistan, Friday, July 3, 2020. A passenger train crashed into a bus carrying Sikh pilgrims at an unmanned railway crossing in eastern Pakistan, police and rescue officials said. (AP Photo/K.M. Chaudary)

LAHORE, PAKISTAN: Sekurang-kurangnya 19 penganut Sikh dari keluarga yang sama terbunuh selepas van yang dinaiki dirempuh kereta api.
Pemandu van memandu melalui lintasan berkenaan yang tidak dikendalikan petugas dan dirempuh kereta api dalam kejadian berhampiran bandar kecil Farooqabad.
“Pemandu van mengambil keputusan tergesa-gesa dengan memandu ke trek berkenaan,” kata jurucakap kereta api Pakistan, Quratul Ain kepada AFP, sambil menambah bahawa penumpang adalah semua penganut Sikh.
Jurucakap polis tempatan, Wajid Abbas mengesahkan bahawa semua yang mati itu berasal dari keluarga yang sama dan lapan individu lain berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Tidak ada penumpang kereta api yang cedera.
Kumpulan berkenaan yang berasal dari utara negara itu kembali dari lawatan ke Nankana Sahib, tempat kelahiran pengasas Sikhisme, Guru Nanak, berhampiran Lahore.-AFP