Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak United FC tewas di halaman sendiri
  • SUKAN

Sarawak United FC tewas di halaman sendiri

Utusan Sarawak 5 years ago
REBUT… Penyerang Sarawak United FC, Abdul Rahim Abdul Razak (kanan) dan Ketua Pasukan Terengganu FC II, Dechi Marcel Nguessan (tengah) saling berebut untuk mendapatkan bola pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam kelmarin.

SARAWAK United FC dikecewakan di halaman sendiri dengan kekalahan tipis 1-0 di Stadium Negeri, Petra Jaya malam Jumaat lepas.

Dengan menurunkan kesebelasan utama, Sarawak ternyata masih gagal menggugat kekuatan skuad Terengganu FC II yang bertandang di Bumi Kenyalang.

Pasukan pelawat meledakkan gol tunggal perlawanan seawal minit ke-5 melalui penyerang utama Jordan Mintah.

Sarawak melancarkan serangan terhadap benteng pertahanan Terengganu, namun kubu skuad Penyu terlalu kuat untuk ditembusi.

Meskipun Sarawak menguasai hampir keseluruhan perlawanan, namun anak-anak buah E.Elavarasan terus kempunan untuk mencari gol penyamaan sehingga ke minit akhir perlawanan.

Penyudah yang tumpul dan siri serangan yang kurang kemas menjadi punca utama pasukan tuan rumah berputih mata.

Kekalahan malam kelmarinmenyebabkan Sarawak United pulang dengan tangan kosong dan terus mengekalkan kedudukan di kelompok bawahan.

Semantara itu, Sarawak United FC akan menentang Negeri Sembilan bagi aksi terakhir musim ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 9 Oktober nanti.

Oleh Akmal Adib Yusup

Continue Reading

Previous: Pertahanan Chelsea goyah
Next: Djokovic akui tidak kenal Daniel Galan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.