SARAWAK United FC kembali menemui rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan Kelantan United FC (KUFC) dalam pusingan kelapan saingan Liga Premier 202O di Stadium Pegeri Petra Jaya, Kuching malam Jumaat.
Skuad kendalian kendalian E. Elavarasan yang bermula garang meledakkan gol sulung perlawanan enam minit selepas sepak mula menerusi kepten pasukan, Mohd Amri Yahyah.
Selang 12 minit kemudian, Sarawak United mengukuhkan lagi kedudukan dengan jaringan hasil daripada Patrick Ronaldinho Wleh di minit ke-18.
Bermain tanpa kehadiran penonton, pasukan tuan rumah tampak lebih menguasai perlawanan dengan beberapa percubaan namum gagal untuk menambah jaringan.
KUFC yang masih mencari rentak perlawanan cuba untuk mencari gol pernyamaan sekali gus menjadikan rentak perlawaan sedikit seimbang di pertengahan separuh masa pertama dengan kedua pasukan saling berbalas serangan.
Masuk separuh masa kedua, KUFC turun dengan lebih garang dan menguasai hampir keseluruh permainan.
Beberapa percubaan kelantan seringkali mencemaskan benteng Sarawak United namum penyudah yang tumpul sekali lagi mengagalkan usaha kelantan untuk mencari gol.
Gol sulung kelantan muncul pada minit ke-78 selepas pengadil pengadil Ahmad Zuhaidi Dzulkifli menghadiahkan sepakan penalti kepada KUFC, selepas penyerang dari Gambia, Alfusainey Gassama dijatuhkan pemain tengah Sarawak United, S Chanturu di dalam kotak penalti dalam satu serangan balas.
Gassama tenang menyempurnakan sepakan penalti itu dan menewaskan penjaga gol Sarawak United, Shaiful Wazizi Mohammad, untuk merapatkan kedudukan 2-1.
Perlawanan semakin sengit di penghujung perlawanan dengan skuad Kijang hijau cuba untuk mencari gol penyamaan namum sehingga wisel penamat tiada tambahan jaringan dihasilkan kedua pasukan menjadikan kedudukan kekal memihak kepada skuad tuan rumah.
Kemenangan Sarawak United itu berjaya melonjakkan mereka ke tempat sembilan liga dari tempat ke 11, dengan mengumpul lapan mata dari lapan perlawanan manakala Kelantan United kekal di tangga keenam dengan sembilan mata.
Oleh Akmal Abid Yusup