Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sarawak tuan rumah sambutan HAWANA 2024 – Fahmi
  • NASIONAL

Sarawak tuan rumah sambutan HAWANA 2024 – Fahmi

Utusan Sarawak 1 year ago
MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil (dua, kanan) beramah mesra bersama bekas Editor Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sahbudin Abdullah ketika menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada Sahbudin yang menghidap penyakit jantung dan kencing manis di kediamannya di Cheras hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang juga menanggung tugas Ketua Pegawai Eksekutif Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj (kanan). FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sarawak akan menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 pada 27 Mei ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sambutan itu akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan terus memainkan peranan sebagai urusetia bagi penganjuran sambutan berkenaan.

“Keputusan pemilihan Sarawak ini sudah diputuskan dalam mesyuarat pasca kabinet semalam dan ia sebenarnya bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri yang mahukan HAWANA 2024 diadakan di negeri itu dalam ucapannya pada sambutan HAWANA 2023 di Ipoh, Perak tahun lepas.

“Bagaimanapun, lokasi sebenar di Sarawak bagi penganjuran HAWANA 2024 itu akan diputuskan kemudian. Kementerian akan mengadakan perbincangan termasuk dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk tentukan beberapa perkara,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa kira-kira 30 minit menziarahi bekas editor RTM Sahbudin Abdullah, 73, yang menghidap penyakit jantung dan kencing manis, di kediamannya di Cheras di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarang Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Arul Rajoo Durar Raj.

Dalam pertemuan itu Fahmi turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Sahbudin.

Tabung Kasih@HAWANA bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

Ia merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan dilaksanakan Bernama sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup.

Mengulas lanjut mengenai kebajikan pengamal media, Fahmi berkata beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed mengenai cadangan untuk mewujudkan satu produk atau skim khas buat golongan pemberita sambilan (stringer) dan pekerja sementara (piecemeal).

“Ini bagi memastikan golongan ini juga mendapat aspek perlindungan sosial termasuk pencen ilat, saya serahkan pada pasukan untuk teruskan perbincangan (berkaitan perkara itu),” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pusat Inovasi Kejuruteraan Perubatan UM bangun alat kesan sakit belakang pertama Malaysia
Next: Malaysia komited capai matlamat SDG PBB, Perjanjian Paris 2015

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.