Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak tuan rumah APRC 2028, perkukuh peranan tangani tuberkulosis
  • TEMPATAN

Sarawak tuan rumah APRC 2028, perkukuh peranan tangani tuberkulosis

Utusan Sarawak 2 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berucap pada sidang media Persidangan Serantau Asia Pasifik Ke-11 (APRC 2028) anjuran Kesatuan Antarabangsa Menentang Tuberkulosis dan Penyakit Paru-Paru, di Petra Jaya, hari ini. Foto Norman B

PETRA JAYA: Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi acara perniagaan berimpak tinggi apabila berjaya memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Persidangan Serantau Asia Pasifik Ke-11 (APRC 2028) anjuran Kesatuan Antarabangsa Menentang Tuberkulosis dan Penyakit Paru-Paru.

Persidangan yang dijadual berlangsung pada 23 hingga 26 Mac 2028 di sini itu akan diadakan bersempena Hari Tuberkulosis Sedunia dan dijangka menarik lebih 1,000 delegasi dari seluruh rantau Asia Pasifik, dengan impak ekonomi dianggarkan mencecah RM8.2 juta.

Ini merupakan kali pertama persidangan tersebut dianjurkan di Borneo dan kali kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur pada 2007.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, kejayaan itu mencerminkan keyakinan antarabangsa terhadap keupayaan Sarawak sebagai hab acara perniagaan serta platform kerjasama kesihatan global.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian ketika berucap pada sidang media Persidangan Serantau Asia Pasifik Ke-11 (APRC 2028) anjuran Kesatuan Antarabangsa Menentang Tuberkulosis dan Penyakit Paru-Paru, di Peta Jaya, hari ini. Foto Norman B

Menurut beliau, penganjuran APRC 2028 selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan sistem kesihatan inklusif dan mudah diakses.

“Penyakit tuberkulosis masih menjadi cabaran kesihatan awam utama yang memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, akademia dan komuniti

“Melalui kerjasama ini, kita dapat meningkatkan kesedaran, mengurangkan stigma serta menggalakkan diagnosis awal dan rawatan lengkap,” katanya.

KENANGAN…Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada sidang media Persidangan Serantau Asia Pasifik Ke-11 (APRC 2028) anjuran Kesatuan Antarabangsa Menentang Tuberkulosis dan Penyakit Paru-Paru, di Petra Jaya hari ini. Foto Norman B

Tambah beliau, persidangan tersebut bakal menjadi medan penting untuk perkongsian ilmu, inovasi serta amalan terbaik dalam usaha membanteras tuberkulosis di peringkat serantau.

Katanya lagi, penyertaan pakar perubatan, penyelidik dan penggubal dasar dari pelbagai negara dijangka memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta mempercepatkan usaha mencapai matlamat penghapusan penyakit itu menjelang 2035.

“Penganjuran ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut ekonomi dan pelancongan perniagaan, malah memperkukuh komitmen Sarawak dalam memimpin agenda kesihatan awam di rantau ini,” ujarnya.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap tolak dakwaan Chong mengenai proses pilihan raya, seru perpaduan hak Sarawak
Next: Sidang kemuncak Lions Asia Pasifik di Sibu dijangka himpun lebih 700 delegasi antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.