Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak tidak boleh terus jadi ‘suara yang tidak didengari’ dalam SPR
  • TEMPATAN

Sarawak tidak boleh terus jadi ‘suara yang tidak didengari’ dalam SPR

Utusan Sarawak 4 hours ago
SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar (tengah) bergambar selepas sidang media mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Ibu Pejabat PBB, Petra Jaya, hari ini.
 

PETRA JAYA: Sarawak tidak boleh terus menjadi ‘suara yang tidak didengari’ dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak ketika ini tidak mempunyai wakil dalam SPR dan perkara itu menimbulkan persoalan terhadap suara serta kepentingan negeri ini dalam proses berkaitan pilihan raya.

“GPS tidak mempunyai ahli dalam SPR. Saya dimaklumkan hanya ada seorang wakil dari Sarawak tetapi bukan daripada GPS.

“Sarawak tidak boleh terus menjadi suara yang tidak didengari. SPR perlu lebih dinamik, bertenaga dan mempunyai keupayaan membuat keputusan secara pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini.

Asfia turut membangkitkan isu pertambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang masih belum dimuktamadkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Katanya, Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pertambahan kerusi tersebut telah diluluskan pada persidangan DUN Sarawak pada 7 Julai 2025 dan keputusan itu tidak boleh dipersoalkan semula dalam sidang sama berdasarkan Peraturan Mesyuarat 32(3).

“Apa yang telah diputuskan DUN dalam sesi sama tidak boleh dibuka semula atau dipertimbangkan semula kecuali melalui usul substantif,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui SPR masih berada dalam tempoh perundangan untuk melaksanakan proses persempadanan dan pertambahan kerusi berkenaan.

Namun katanya, SPR perlu mengambil kira bahawa Sarawak sedang membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri tahun ini.

“Bulan demi bulan telah berlalu tanpa sebarang kepastian sama ada 17 kerusi baharu itu dapat digunakan dalam PRN kali ini,” ujarnya.

Tambah beliau, dalam dunia yang bergerak pantas hari ini, semua pihak perlu bergerak ke hadapan supaya tidak ketinggalan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Speaker DUN cabar Larry Sng bawa cadangan status Bumiputera ke Parlimen
Next: Empat RUU akan dibentangkan pada sidang DUN mulai Isnin ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.