Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak tetap destinasi pelaburan menarik di Malaysia
  • BISNES

Sarawak tetap destinasi pelaburan menarik di Malaysia

Utusan Sarawak 4 years ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada Pelancaran Anuge-rah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri Sarawak (CMIEA) secara maya, semalam.

KUCHING: Sarawak tetap menjadi salah sebuah destinasi paling menarik untuk pelaburan di Malaysia walaupun terdapat wabak Covid-19.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini dibuktikan dengan negeri ini telah memperoleh pelaburan yang diluluskan bernilai RM15.7 bilion pada tahun 2020.

“Kita tidak hanya bergantung pada kejayaan ini dan akan terus berinteraksi dengan pelabur asing mengenai cadangan pelaburan mereka dalam hidrogen hijau, kenderaan elektrik, kaca, gentian kaca dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri Sarawak (CMIEA) secara maya, semalam.

Tambahnya, empat syarikat multinasional di Sama Jaya telah memulakan rancangan pengembangan bernilai RM6.31 bilion.

” Ini adalah bukti keyakinan penuh para pelabur terhadap kemampuan Kerajaan Sarawak untuk mengurus ekonomi kita dan juga cara kita menangani wabak tersebut,” ujarnya.

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan banyak kesulitan kepada rakyat termasuk komuniti perniagaan, dan kerajaan negeri memahami dan berempati dengan rakyat dan komuniti perniagaan.

” Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah menghasilkan banyak inisiatif dan strategi untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan komuniti perniagaan dijaga, dan juga untuk memastikan pemulihan ekonomi,” jelasnya.

Selain daripada Pakej Kewangan Persekutuan berjumlah RM284.5 bilion di bawah PRIHATIN, PRIHATIN TAMBAHAN PKS, PENJANA, KITA PRIHATIN, PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA PLUS dan PEMULIH, Kerajaan Sarawak juga telah memberikan banyak bantuan bernilai RM5.3 bilion di bawah Bantuan Khas Sarawakku  Sayang 1.0 hingga 7.0 untuk mengurangkan lagi beban kewangan rakyat Sarawak, dan juga untuk membantu komuniti perniagaan Sarawak.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Eksport minyak sawit ke Turki disasar cecah sejuta tan setahun
Next: Malaysia kekal di landasan betul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.