Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak tetap akur
  • SUKAN

Sarawak tetap akur

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN FAS…
Dato Posa Majais.

FAIZAL BUJANG

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) masih menunggu kertas cadangan daripada tiga wakil tuan rumah selewat-lewatnya esok sebelum mengumumkan keputusan muktamad berhubung status tiga kejohanan utama iaitu Piala Sarawak, Futsal Piala Sarawak dan Piala Belia Piala Sarawak.

Presiden FAS Dato Posa Majais memberitahu, pada masa sama FAS turut belum mengambil ketetapan sama ada meneruskan penganjuran kejohanan terbabit atau ditangguhkan.

“Pihak kita perlu menunggu kertas cadangan dari tiga wakil tuan rumah terlebih dahulu sebelum dapat mengumumkan keputusan berhubung status penganjuran kejohanan itu,” ujar beliau semalam.

Menurutnya, untuk membatalkan tiga kejohanan itu tidak akan berlaku namun besar kemungkinan ditangguhkan atau ditunda ke tahun hadapan.

Itupun katanya, bergantung kepada perkembangan semasa musibah penularan virus Covid-19 yang melanda negara dan dunia ketika ini.

“Jika kerajaan masih tidak membenarkan acara sukan bola sepak tidak boleh dilangsungkan, kita terpaksa akur dan akan menangguhkannya,” tambah Dato Posa lagi.

Mengikut perancangan awal, saingan untuk Kejohanan Bola Sepak Piala Sarawak akan berlangsung di Limbang manakala untuk Kejohanan Futsal Piala Sarawak yang akan berlangsung di Sarikei sementara Kejohanan Bola Sepak Piala Belia Sarawak diadakan di Serian.

Kesemua tiga kejohanan itu dijadual berlangsung pada tarikh berbeza penghujung penghujung tahun ini.

Continue Reading

Previous: ‘Bulldozer’ tidak sabar beraksi
Next: Jonathan ‘berkorban’ demi meneruskan misi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.