Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak terus komited majukan luar bandar
  • TEMPATAN

Sarawak terus komited majukan luar bandar

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGHARGAAN…Tuai Rumah Saripah Melaka (kiri) menyampaikan cenderamata kepada ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin.

SARIKEI: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperuntukkan dana yang besar menerusi program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi pelaksanaan projek rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, Kerajaan Sarawak akan terus komited dalam merancakkan aktiviti pembangunan terutama dikawasan luar bandar.

“Usaha ini amat penting bagi merealisasikan matlamat kerajaan untuk merapatkan lagi jurang pembangunan di luar bandar.

“Kerajaan GPS telah memperuntukkan dana yang besar melalui RTP bagi membolehkan wakil rakyat GPS disetiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menyalurkan dan melaksanakan projek-projek yang diperlukan oleh rakyat dikawasan mereka dengan kadar yang segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Lantai Simen Rumah Saripah Melaka, di Bekakap Tengah, Ulu Jerangku, Entabai, baru-baru ini.

Tambahnya, fokus bantuan yang disalurkan tersebut adalah untuk menambahbaik kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik, menaiktaraf kemudahan di rumah panjang, disalurkan kepada pihak sekolah dan lain-lain perkara yang membawa kepada impak positif kepada semua pihak.

Oleh itu, katanya, beliau menyeru penduduk terutamanya dari kawasan luar bandar agar terus menyokong Kerajaan GPS untuk kesinambungan pembangunan yang telah dirancang demi kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, berkenaan dengan pembinaan lantai simen sepanjang 39 pintu di Rumah Saripah Melaka, katanya, kos pembinaannya adalah sejumlah RM150,000.

“Saya berharap ia dapat memberikan keselesaan kepada penduduk di rumah panjang disini.

“Kita akan sentiasa berusaha untuk membantu masyarakat terutamanya dikawasan luar bandar untuk membangun bersama,” ujarnya.

Turut hadir di majlis tersebut ialah wakil Pegawai Daerah Pakan, Yalin Asan, Penghulu Tading Kalang, Penghulu Kawasan Entabai dan Engkamop dan Penghulu Masyarakat Cina Julau, Wong King Said.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: 564 KIR, kumpulan pertama berpindah Disember ini
Next: SWAT selamatkan 48 telur buaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.