Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak rekod 9 kes positif Covid-19 baharu
  • TEMPATAN

Sarawak rekod 9 kes positif Covid-19 baharu

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Sarawak semalam merekodkan sembilan (9) lagi kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 273 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata daripada sembilan kes tersebut, lapan kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan satu kes dirawat di Hospital Bintulu.

“Pada hari ini, sebanyak 76 kes baharu Person Under Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,705 kes.

“Daripada jumlah itu, 1,358 kes adalah negatif dan 74 kes PUI masih menunggu keputusan makmal,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Covid-19 Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Beliau menambah bagi kes PUI di Daerah Kuching semalam, sebanyak 56 kes PUI telah disaring dimana 8 kes PUI telah disaring di Kompleks Belia dan Sukan dan 48 kes PUI telah disaring di Hospital Umum Sarawak.

“Untuk statistik Kes PUI baharu mengikut Daerah adalah Kuching, 56 kes, Samarahan (8), Serian (3),  Miri (3), Bintulu (3), Bau (2) dan  Simunjan (1),” katanya.

Karim berkata sehingga semalam, pematuhan Perintah Kawalan Pergerakkan adalah sebanyak 96 peratus.

“Hari Ahad, pihak Polis telah menangkap 26 orang di Sarawak kerana melanggar PKP.

“Kes tangkapan harian mengikut daerah sehingga 5 April 2020 adalah Kuching, sebanyak lima kes tangkapan, Miri (5), Kota Samarahan (5), Padawan (3), Bintulu (2), Meradong (2), Tatau (2),  Serian (1) dan  Bau (1),” jelasnya.

Karim berkata sehingga semalam juga, seramai 4,131 petugas PDRM telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan dan dibantu seramai 1,212 agensi bantuan seperti ATM (681), RELA (397), APM (63) dan Polis Sukarelawan (PVR) (71).

Continue Reading

Previous: Cari dana bantu Pusat Kuarantin Covid-19 Sri Aman
Next: BSN Sibu diserbu orang ramai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.