Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak rancang lapangan terbang baharu seperti di Doha, Qatar
  • TEMPATAN

Sarawak rancang lapangan terbang baharu seperti di Doha, Qatar

Utusan Sarawak 11 months ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui pemberita pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Innocement dan PMW Industries Sdn Bhd di sebuah hotel terkemuka, hari ini. FotoANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Proses perancangan untuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu akan mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk disiapkan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata konsep lapangan terbang itu nanti akan menggunakan model Lapangan Terbang Antarabangsa Doha di Qatar.

Katanya, memiliki lapangan terbang bertaraf antarabangsa dan memiliki kemudahan terkini, bukan sahaja boleh meningkatkan keterhubungan, malah ia juga mampu merancakkan pembangunan ekonomi.

“Sekarang ini kita melantik pakar yang akan terbabit dalam perancangan pembinaan seperti (rekabentuk) lapangan terbang Doha.

“Tiga tahun untuk kita merancang dahulu, selepas itu, barulah kita mula membinanya, dan kemudian batulah kita menganggarkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Innocement dan PMW Industries Sdn Bhd di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini kerajaan Sarawak belum mengumumkan lokasi untuk projek lapangan terbang baharu itu.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Abang Johari menjelaskan kerajaan Sarawak mahukan lapangan terbang bertaraf antarabangsa kerana ia mampu menjadi antara tarikan kepada pelancong.

“Orang yang datang ke sini bukannya nak melihat hutan sahaja, mereka juga mahu melihat lapangan terbang.

“Di lapangan terbang ini nanti, apabila anda nak daftar masuk, anda hanya perlu berhenti sekali sahaja, termasuk pelepasan Imigresen. Semuanya menggunakan IT,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Sebanyak 290,462 Kad Emas Kenyalang sudah dikeluarkan
Next: Kuching Fest Fitness 4 Ogos sempena Festival Makanan Kuching 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.