Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perlu tenaga kerja mahir bagi memacu ekonomi digital
  • SEMASA

Sarawak perlu tenaga kerja mahir bagi memacu ekonomi digital

Utusan Sarawak 3 months ago
Sekitar majlis Konvokesyen ke-9 CENTEXS dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini. Foto HERRIEY NAHA

SANTUBONG: Pelajar Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) kini bersedia memasuki pasaran kerja dengan kemahiran teknologi tinggi, seiring dengan hala tuju pembangunan negeri yang menumpukan kepada ekonomi digital, hijau dan luar angkasa.  

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata CENTEXS memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir sejak penubuhannya pada 2014.  

“Kemajuan teknologi bukan sahaja mengubah landskap industri tetapi juga membuka peluang baharu dalam pelbagai sektor, termasuk kecerdasan buatan (AI) yang berpotensi menganalisis data kesihatan dan membantu rawatan perubatan.  

“Kita memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja mahir malah juga kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran industri masa depan,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen ke-9 CENTEXS di sini hari ini.

Abang Johari menasihatkan pelajar CENTEXS agar bersedia menghadapi perubahan pesat dalam dunia teknologi.  

“Sarawak yakin dengan kemampuan rakyatnya. Kita sedang bergerak ke hadapan dalam bidang teknologi, dan saya memerlukan tenaga kerja yang boleh membantu merealisasikan visi ini,” tambahnya.  

Selain itu, Abang Johari menasihati graduan agar terus mengikuti perkembangan teknologi terkini dan berusaha menguasai kemahiran baharu yang relevan dalam ekonomi moden.  

“Kita memerlukan minda yang kreatif dan berinovasi. Saya harap semua graduan berjaya dan terus fokus kepada teknologi baharu dan terkini.

“Sarawak akan terus dipacu ke arah kemajuan berasaskan teknologi tinggi,” ujarnya.  

Dengan komitmen ini, CENTEXS dijangka terus menjadi peneraju dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, sekali gus membantu Sarawak mencapai status negeri maju berasaskan teknologi tinggi.  

Oleh AMANDA L.

Continue Reading

Previous: Laksana projek perintis ECA dalam sektor perladangan kelapa sawit, kuari, dan perlombongan bermula Julai 2025
Next: Sarawak perlukan tenaga kerja mahir untuk menyokong AirBorneo – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.