Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perlu cepat bertindak untuk jadi tuan rumah Sukma
  • TEMPATAN

Sarawak perlu cepat bertindak untuk jadi tuan rumah Sukma

Utusan Sarawak 2 years ago

TUMBUKAN... Miro Simuh menyempurnakan gimik perasmian Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023 di Dataran Kubah Ria di sini malam tadi.

Sarawak perlu cepat bertindak untuk jadi tuan rumah Sukma

KUCHING: Persediaan Sarawak menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) agak ‘tergesa-gesa’ kerana tempoh agak singkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, dengan Sarawak mempunyai peluang yang amat cerah untuk menjadi tuan rumah Sukma, kerajaan negeri dan persatuan sukan di Sarawak perlu bekerja keras bagi membuat persediaan.

“Dengan masa yang singkat, kita perlu berusaha dengan lebih kuat bagi memastikan Sarawak mempunyai persediaan rapi,” katanya.

Beliau berkata, pengumuman rasmi Sarawak menjadi tuan rumah untuk Sukma mungkin pertengahan bulan ini.

Awang Putrayusrie berkata pihaknya juga masih menunggu ‘lampu hijau’ dari Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023 di Dataran Kubah Ria, di sini malam tadi.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Ambil tindakan guru enggan berkhidmat di Sarawak
Next: Pelajar ke IPG digalak ambil kursus Bahasa Iban sebagai subjek utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.