Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak pelopor sistem Marine Cadaster pertama negara menjelang 2029
  • TEMPATAN

Sarawak pelopor sistem Marine Cadaster pertama negara menjelang 2029

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATU Awang Zamhari Awang Mahmood menyampaikan ucapan pada Kongres Juruukur 2026 Institusi Diraja Juruukur Malaysia (RISM) di sebuah hotel di Kuching hari ini. Foto Ukas

KUCHING: Sarawak bakal menjadi negeri pertama di Malaysia melaksanakan sistem Marine Cadaster menjelang 2029 dalam usaha memperkukuh pengurusan kawasan perairan serta menyokong pembangunan ekonomi biru negeri.

Pengarah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak, Datu Awang Zamhari Awang Mahmood berkata, sistem baharu itu akan memberi fokus kepada pembangunan penyukatan marin melibatkan kawasan perairan termasuk ruang air (water column) dan dasar laut bagi mewujudkan rekod marin yang lengkap serta tersusun.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak telah memberi mandat kepada JTS Sarawak untuk melaksanakan projek tersebut dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi tempoh 2026 hingga 2028.

DATU Awang Zamhari Awang Mahmood ditemui media selepas menghadiri Kongres Juruukur 2026 Institusi Diraja Juruukur Malaysia (RISM) di sebuah hotel di Kuching hari ini. Foto Ukas

Katanya, pembangunan Marine Cadaster amat penting memandangkan kebanyakan potensi ekonomi biru tertumpu di kawasan perairan termasuk pembangunan luar pesisir dan inisiatif penyimpanan karbon.

“Kita memerlukan satu sistem rekod yang sempurna seperti mana sistem survei dan rekod tanah di daratan bagi memastikan pengurusan kawasan perairan dapat dilaksanakan secara lebih sistematik dan efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Kongres Juruukur 2026 Institusi Diraja Juruukur Malaysia (RISM) di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara komponen utama yang sedang diperincikan termasuk aspek perundangan, pendaftaran dan penyukatan marin bagi memastikan pelaksanaan sistem tersebut dapat direalisasikan sepenuhnya menjelang 2029.

Pada masa sama, katanya, Sarawak juga akan mengadakan lawatan teknikal dan kajian penanda aras ke Perth dan Queensland, Australia pada September depan bagi meneliti pelaksanaan Marine Cadaster yang dilihat antara sistem terawal dibangunkan di dunia.

Beliau turut menegaskan Sarawak mempunyai kelebihan tersendiri untuk menerajui pelaksanaan sistem tersebut kerana pentadbiran tanah negeri turut melibatkan kawasan pesisir pantai dan laut di bawah Kanun Tanah Sarawak.

“Dalam konteks Sarawak, kita boleh dianggap antara yang terkehadapan di Malaysia untuk melaksanakan penyukatan laut kerana pentadbiran kawasan pantai dan laut berada di bawah tanggungjawab negeri,” katanya lagi.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Patung suci Mazu tiba di Kuching, sertai perarakan ziarah 10 tokong
Next: Kejayaan qari dan qariah bukti keberkesanan pembangunan bakat al-Quran Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.