Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak laksana penilaian standard DLP bagi murid Tahun 6 mulai Oktober depan
  • SEMASA

Sarawak laksana penilaian standard DLP bagi murid Tahun 6 mulai Oktober depan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (berdiri tengah) menyaksikan majlis Menandatangani Kontrak Perkhidmatan antara CUP&A dan Swinburne Innovation Malaysia (SWIM) di Cambridge, United Kingdom. – Foto UKAS

LONDON: Kerajaan Sarawak akan mula melaksanakan penilaian standard bagi Program Dwibahasa (DLP) khususnya untuk murid Tahun 6 bermula Oktober depan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penilaian itu diselaraskan mengikut piawaian antarabangsa oleh Cambridge University Press and Assessment (CUP&A).

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi kebenaran kepada Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) untuk menjalinkan kerjasama langsung dalam bidang pendidikan bersama Universiti Cambridge.

“Program DLP ini akan disemak serta ditentusahkan oleh Cambridge University Press & Assessment bagi memastikan pelaksanaannya selaras dengan piawaian antarabangsa.

“Apa yang penting dalam pelaksanaan program ini ialah penggunaan dua bahasa, iaitu Bahasa Kebangsaan berpandukan sukatan pelajaran kebangsaan, dan Bahasa Inggeris sebagai medium penilaian kedua berdasarkan sukatan pelajaran antarabangsa yang disediakan oleh Cambridge.

“Usaha ini bertujuan melahirkan pelajar yang menguasai kedua-dua bahasa tersebut, sekali gus membolehkan mereka melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam bidang sains, matematik dan kejuruteraan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Kontrak Perkhidmatan antara CUP&A dan Swinburne Innovation Malaysia (SWIM) di Cambridge, United Kingdom pada Rabu waktu tempatan.

Bagi pihak CUP&A, perjanjian ditandatangani oleh Pengarah Urusan, Partnership for Education, Jane Mann, manakala SWIM yang mewakili MEITD diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Innovation Malaysia, George Ngui.


Dalam pada itu, Premier Sarawak memberitahu, wujud kerjasama fizikal antara MEITD dengan Universiti Cambridge bagi memberikan pendedahan bertaraf antarabangsa kepada pelajar di negeri ini.

Jelas beliau, melalui kerjasama ini, pelbagai program dwibahasa dapat dilaksanakan dengan standard pendidikan dan biasiswa yang tinggi untuk pelajar, sekali gus membuka ruang kepada mereka untuk meneruskan pengajian dalam ekonomi strategik baharu.

“Usaha ini juga merupakan sebahagian daripada agenda Kerajaan Sarawak dalam menyediakan modal insan yang berdaya saing bagi menghadapi perubahan landskap ekonomi semasa.

Sementara itu, Premier Sarawak menambah, ketika ini, Universiti Swinburne yang merupakan rakan strategik akan bekerjasama dengan Cambridge dalam pelaksanaan penilaian di Sarawak dan mempunyai kedudukan dalam penarafan universiti antarabangsa.

“Selain itu, sedang berlangsung perbincangan antara kerajaan Sarawak dan Universiti Cambridge bagi menempatkan pelajar Sarawak yang berkelayakan dalam sistem sekolah antarabangsa ke institusi terkemuka dunia seperti Cambridge, Oxford, Harvard dan London School of Economics.

“Sarawak menyasarkan kuota khas sebanyak 10 tempat untuk pelajar cemerlang dalam bidang yang telah dikenal pasti,” jelasnya lagi. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lebih 3,000 pencari kerja ke Karnival Kerjaya Mega MYFutureJobs
Next: Timbalan Presiden PBSNT meninggal dunia akibat sakit jantung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.