Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
  • SEMASA

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Sarawak menguatkuasakan perintah vaksinasi antirabies baharu selepas usaha memerangi penyakit anjing gila itu masih belum berjaya sepenuhnya sejak wabak berkenaan menular pada 2017.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom yang menandatangani perintah itu hari ini di bawah Seksyen 40(1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar (VPHO) 1999, berkata semua anjing di negeri berkenaan kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

“Pemilik anjing mesti memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin. Kegagalan mematuhi perintah ini boleh dihukum denda sehingga RM2,500,” katanya dalam kenyataan, sambil menambah bahawa anjing yang tidak divaksin dan terdedah kepada rabies akan dibunuh.

Beliau berkata bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Kapit, Mukah dan Bintulu telah diisytiharkan sebagai zon dijangkiti rabies selepas kes baharu dikesan.

Beliau berkata Sarawak merekodkan 123 kes positif daripada 889 sampel haiwan tahun lepas, dengan Kuching mendahului sebanyak 79 kes, diikuti Bintulu (16), Samarahan (10) dan Serian (enam), manakala Sri Aman, Kapit dan Mukah masing-masing mencatatkan empat kes.

Dr Rundi berkata antara 6 hingga 19 Januari tahun ini, tiga kes positif rabies melibatkan haiwan peliharaan yang bebas berkeliaran dilaporkan di Kuching dan Samarahan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS), bersama pasukan khas Immune Belt Enforcement Team (IBET) telah mempertingkatkan program vaksinasi antirabies di seluruh negeri.

“Orang ramai boleh mendapatkan vaksin antirabies anjing secara percuma di mana-mana Pejabat Veterinar Kerajaan pada waktu pejabat atau semasa acara vaksinasi besar-besaran, yang akan diumumkan di Facebook rasmi DVS Sarawak,” katanya.

Klinik veterinar swasta juga menawarkan perkhidmatan vaksinasi dan penjagaan kesihatan untuk haiwan peliharaan.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri melaporkan 83 kes kumulatif dan 76 kematian manusia sejak Julai 2017, termasuk lapan kematian pada 2024.

Dr Rundi turut mengingatkan pemilik anjing supaya mematuhi keperluan pelesenan dan pengenalan kerana denda akan dikenakan atas ketidakpatuhan, pada masa sama menggalakkan pensterilan haiwan peliharaan untuk mengelakkan kelahiran yang tidak diingini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kira-kira 1,000 graduan dilatih menerusi Program Kesediaan Kerja (GETS-WRP)
Next: Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.