Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak kekal sebagai destinasi pelaburan menarik
  • BISNES

Sarawak kekal sebagai destinasi pelaburan menarik

Utusan Sarawak 5 years ago
PERBINCANGAN… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika bertemu dengan pelabur Korea Selatan, kelmarin.

KUCHING: Sarawak kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Menurutnya, walaupun terdapat pandemik Covid-19 dan halangan perjalanan, sekumpulan pelabur Korea Selatan telah datang ke Sarawak dan menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Selepas itu mereka telah bertemu dengan kerajaan negeri untuk membincangkan cadangan projek mereka di Sarawak,” katanya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED).

Awang Tengah meyakinkan pelabur Korea Selatan yang telah menyatakan minat mereka untuk melabur lebih dari RM2 bilion di Sarawak bahawa MINTRED akan membantu mereka untuk memastikan kejayaan pelaksanaan projek mereka.

Turut hadir, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Malcolm Mussen, Setiausaha Tetap MINTRED Datu Liaw Soon Eng, Pengarah MIDA Sarawak Redzuan Abdul Rahman, wakil dari Syarikat SESCo Berhad, Lembaga Imigresen dan Perancangan Negeri, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, NREB, KPA dan PETROS.

Continue Reading

Previous: Peneroka Felda anggap dakwaan AS tidak berasas
Next: PLUS rugi RM400 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.