Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak kaji kemungkinan jana tenaga di laut guna teknologi OTEC
  • TEMPATAN

Sarawak kaji kemungkinan jana tenaga di laut guna teknologi OTEC

Utusan Sarawak 7 months ago

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan Premier Sarawak melakukan simbolik pelancaran buku adat perkahwinan Melayu Sarawak. Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengkaji kemungkinan membangunkan penjanaan tenaga di laut dengan menggunakan teknologi dikenali sebagai Penukaran Tenaga Terma Laut (OTEC).

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata ia adalah satu lagi usaha berterusan untuk mencari sumber tenaga boleh diperbaharui, selain gas, hidroelektrik dan solar.

Justeru, beliau memaklumkan bahawa Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, bersama pegawainya telah diminta menjalankan kajian kemungkinan itu.

“Mungkin Sarawak mempunyai sumber baharu daripada tenaga hijau ini.

Mudah-mudahan mereka berjaya membuat penerokaan tenaga baharu ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-85 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, di sini, malam tadi.

Yang Dipertua Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, hadir sebagai tetamu kehormat majlis itu. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Jangan biar orang tiada lesen buat pendawaian elektrik
Next: Baitulmal mahu terus erat bersama masyarakat setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.