Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak harmoni: SJKC Min Syn anjur majlis Khatam al-Quran
  • Tengah
  • WILAYAH

Sarawak harmoni: SJKC Min Syn anjur majlis Khatam al-Quran

Utusan Sarawak 4 months ago

SARATOK: Meskipun sekolah jenis Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Syn terus menganjurkan majlis Khatam al-Quran dalam menghormati dan menerapkan nilai toleransi dalam kalangan pelajar dan warga pendidiknya yang berbilang kaum dan agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, menariknya penganjuran majlis khatam pada tahun ini, melibatkan seramai 26 orang murid di tiga SJKC iaitu SJKC Min Syn Saratok, SJKC Roban dan SJKC Kabong.

“Inilah satu contoh keharmonian hidup bermasyarakat yang ditonjolkan oleh semua komuniti di Daerah Saratok, Roban serta Kabong yang sangat kita dihargai.

“Pujian patut di berikan kepada yang berusaha pengerusi pengelola, Wong Poh Tien yang juga merupakan Guru Besar SJKC Min Syn Saratok beserta jawatankuasa pengelola kerana telah menjayakan majlis seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan majlis Khatam Al-Quran di Gelanggang Bola Keranjang SJKC Min Syn Saratok di sini, hari ini.

Mohamad Duri berkata, uniknya di Sarawak, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka, SJKC bukan hanya untuk pelajar Cina tetapi semua kaum kerana ramai masyarakat Bumiputera di negeri ini dan di Saratok amnya belajar di SJKC.

Baginya, kepelbagaian komposisi murid di sekolah Cina membuktikan bahawa keharmonian hubungan etnik dan kesepaduan sosial wujud di negeri ini.

Sementara itu, Guru Besar SJKC Min Syn, Wong Poh Tien berkata, beliau amat menyokong penganjuran majlis seperti ini diadakan walaupun sekolah itu ialah sekolah jenis kebangsaan Cina dan kakitangan serta pelajarnya yang mempunyai berlainan kaum serta agama.

“Mengikut pemahaman saya, majlis Khatam Al-Quran ini adalah untuk meraikan kejayaan murid-murid tahun enam yang telah berjaya khatam al-Quran. 

“Saya amat menyokong majlis seperti ini diadakan walapun sekolah ini ialah sekolah jenis kebangsaan Cina dan kakitangannya serta murid yang mempunyai kaum serta agama yang berlainan,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 970 calon sertai Program BLM B2
Next: Pertandingan Kaligrafi Cina eratkan jurang kaum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.