Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak eksport elektrik ke Filipina
  • SEMASA

Sarawak eksport elektrik ke Filipina

Utusan Sarawak 3 months ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan Datuk Amar Douglas Unggah Embas bersama tetamu kenamaan yang lain melakukan Yee Sang ketika hadir pada majlis makan malam bersama Affin Bank sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Hotel Sheraton, malam tadi.
Foto HERRIEY NAHA  

KUCHING: Sarawak terus mengorak langkah dalam sektor tenaga dan ekonomi dengan strategi baharu mengeksport elektrik ke Filipina, selepas penghantaran ke Sabah.  

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan inisiatif ini sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga utama di ASEAN. 

“Sumber tenaga hijau seperti hidroelektrik dan gas asli akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuhkan kedudukan negeri dalam industri tenaga serantau.  

“Eksport elektrik ini akan membuka peluang ekonomi yang lebih luas bagi Sarawak, meningkatkan kerjasama serantau dan menjadikan kita sebagai hab tenaga utama di ASEAN.

“Selain itu, Sarawak turut merancang pembangunan infrastruktur utama termasuk pelabuhan laut dalam di Tanjung Embang dan hab gas, yang akan memperkukuh lagi kedudukan negeri sebagai pusat ekonomi dan tenaga di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama Affin Bank sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Hotel Sheraton, malam tadi.  

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta tetamu kehormat yang lain.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kekuatan parti politik bersandar solidariti ahli – Abang Johari
Next: Majikan perlu lapor pemberhentian, kematian pekerja – LHDN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.