Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sarawak cipta sejarah, laksana program saringan kanak-kanak berasaskan AI
  • TEKNOLOGI

Sarawak cipta sejarah, laksana program saringan kanak-kanak berasaskan AI

Utusan Sarawak 5 hours ago
TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus menyampaikan hadiah pemenang pertandingan geleri raya Ketua Kampung Kepayang Suip Karim di Dewan Kampung Masjid Tiris, sambil diperhatikan oleh Datuk Dr Ripin Lamat semalam.

BEKENU: Sarawak bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi perintis dalam pelaksanaan program saringan digital kanak-kanak berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi pendekatan berkonsepkan permainan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Rosey Yunus berkata, program berkenaan merupakan yang pertama seumpamanya dilaksanakan di Malaysia, sekali gus meletakkan Sarawak di hadapan dalam inovasi pembangunan awal kanak-kanak.

Beliau berharap Sarawak dapat menjadi model utama dalam pelaksanaan menyeluruh program tersebut pada masa hadapan.

“Berdasarkan maklumat daripada Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama ToyEight, Shun Matsuzaka, program kerjasama bersama SeDidik dijangka siap dan dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang Jun 2027, susulan kejayaan projek perintis sebelum ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Be’dudun yang berlangsung di Kampung Tiris, di Bekenu semalam.

MERIAH… Suasana kemeriahan di Majlis Be’dudun Kampung Tiris yang melibatkan tujuh kampung berlangsung di Dewan Kampung Masjid Tiris semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa satu Memorandum Perjanjian (MoA) telah dimeterai antara SeDidik Sdn Bhd dan ToyBox Creations and Technologies Sdn Bhd bagi melaksanakan program saringan perkembangan kanak-kanak serta intervensi awal menggunakan teknologi AI.

Tambahnya, analisis impak akan dijalankan selepas pelaksanaan program tersebut, memandangkan hasil projek perintis sebelum ini menunjukkan kesan yang amat positif terhadap perkembangan kanak-kanak.

“Program ini juga berpotensi untuk diperluaskan bukan sahaja di Sarawak, malah ke peringkat luar termasuk Jepun.

Jika sebelum ini kita melihat Jepun sebagai rujukan dalam bidang ini, kini tidak mustahil Jepun pula akan menjadikan Sarawak sebagai contoh dalam pelaksanaan program seumpama ini,” ujarnya.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat, Pemanca Dr Ali Mudin dan ketua-ketua kaum Zon Tiris.

Oleh Adum Liu

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Kenaikan harga minyak, insentif cukai percepat peralihan Malaysia kepada kenderaan elektrik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.