Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sambutan HSN 2021 Bahagian Miri disambut meriah
  • TEMPATAN

Sambutan HSN 2021 Bahagian Miri disambut meriah

Utusan Sarawak 4 years ago
KENANGAN…Pemangku Timbalan Residen Bahagian Miri Rose Edward Tarang (kanan) menerima cenderamata yang disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, Roley Lagir pada Majlis Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri, semalam.

MIRI : Sambutan  Hari Sukan Negara (HSN) 2021 peringkat Bahagian  Miri yang diadakan  di Dewan Serbaguna  Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) berlangsung meriah, semalam.

Sekitar 100 peserta  hadir  memeriahkan  hari  sukan  tersebut  yang diadakan  secara  hibrid  bagi  mencegah  penularan  Covid-19 .

Pemangku Timbalan Residen Bahagian Miri, Rose Edward Tarang berkata, sambutan HSN ini  merupakan inisiatif  Kementerian  Belia  dan  Sukan  untuk  menjadikan  Malaysia  sebagai  “Negara Bersukan”.

“Sambutan HSN merupakan platform terbaik untuk menerapkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat seterusnya mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan selain menjadi  wadah perpaduan rakyat dan penyatuan nasional,” katanya pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri di sini, semalam.

Tambah Rose, HSN juga mempromosikan amalan gaya hidup sihat dan para masa yang sama membantu  mengurangkan kadar penyakit kronik.

“Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik di kalangan masyarakat.

“Namun sukan tidak hanya berkisar tentang pencarian jaguh dunia seterusnya tetapi juga penting dalam membentuk malaysia yang lebih sihat,” ujarnya.

Hadir sama Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, Roley Lagir.

Bersempena Hari Sukan Negara, pelbagai  aktiviti  berbentuk  sukan, kecergasan dan  rekreasi  telah  diadakan  untuk warga  Miri  bermula  20 September  dan  berakhir semalam.

Antara  aktiviti yang  dilaksanakan  ialah  badminton  perseorangan (lelaki dan perempuan)  senamrobik “Keluarga  Malaysia Myfit” , cabaran Tik Tok  Hari  Sukan  Negara dan e-sukan.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Majlis Jamuan Teh TYT meriah
Next: Hijaukan bumi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.