Samarahan catat IPU tertinggi pagi ini

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Samarahan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 218, sekali gus berada pada tahap sangat tidak sihat setakat 8.00 pagi hari ini.

Dua lagi kawasan turut merekodkan bacaan sangat tidak sihat iaitu Kanowit (215) dan Lundu (211).

Sebanyak 16 kawasan pula berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan antara 101 hingga 200.

Antaranya ialah Lubok Antu (194), Sarikei (192), Serian (191), Kuching (191), Sri Aman (186), Betong (184), Mukah (183), Samalaju (181), Sibu (180), Bintulu (173), ILP Miri (170), Miri (166), Tebedu (157), Limbang (151) dan Lawas (148).

Sementara itu, Kapit (92) dan Bario (56) masing-masing berada pada tahap sederhana.

Berdasarkan klasifikasi IPU, bacaan 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat, manakala 201 hingga 300 dikategorikan sebagai sangat tidak sihat.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan