Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Salji tebal sebabkan gangguan di Jerman, Perancis  menara Eiffel ditutup
  • GLOBAL

Salji tebal sebabkan gangguan di Jerman, Perancis  menara Eiffel ditutup

Utusan Sarawak 6 months ago

Menara Eiffel di Paris ditutup sementara waktu kepada pengunjung selepas dilitupi salji.

KARLSRUHE, Jerman: Salji lebat melanda beberapa kawasan di barat Eropah, menyebabkan gangguan serius kepada lalu lintas dan memaksa Menara Eiffel ditutup buat sementara waktu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Perkhidmatan kecemasan di negeri Baden-Württemberg di barat daya Jerman digerakkan untuk membantu lebih daripada 380 insiden berkaitan cuaca dalam tempoh 18 jam, kata polis pada Jumaat.

Jurucakap polis berkata sekurang-kurangnya 30 orang cedera, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan, dengan kerosakan melebihi €1 juta (AS$1.04 juta).

Kawasan yang paling teruk terjejas ialah bandar Freiburg dan Constance, dan polis dipanggil bagi  menangani masing-masing 135 dan 140 operasi berkaitan cuaca antara petang Khamis dan pagi Jumaat, menurut mereka.

Di wilayah Perancis yang bersempadan Jerman, sekitar 1,750 lori terkandas di lebuh raya, dengan wilayah utara Burgundy dan Normandy yang paling terjejas, kata Menteri Pengangkutan François Durovray kepada stesen penyiar BFMTV.

Ratusan kenderaan berat terkandas di laluan yang sukar selepas pemandu dikatakan tidak mengendahkan larangan berkaitan keadaan cuaca. 

Ramai pemandu terpaksa bermalam di dalam kenderaan mereka.

Perkhidmatan kereta api juga terganggu di Perancis, manakala 200,000 isi rumah turut terputus bekalan elektrik disebabkan cuaca, menurut syarikat utiliti Enedis.

Di Paris, Menara Eiffel ditutup sementara waktu kepada pengunjung selepas dilitupi salji.– BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Lebih dua juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
Next: Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.